25 Julai 2011

Dalca Sayur-sayuran


BAHAN-BAHAN:- A

1 biji kelapa parut d ambil santan nye
1/2 kilo daging
100 gm kacang dall d rebus sehingga kembang
10 batang kacang panjang(d potong 4cm)
2 biji ubi kentang di potong dadu
2 biji terung bulat di potong
1 batang lobak merah di potong memanjang
4 btang cili merah di belah 2
4 batang cili hijau di belah 2
garam secukup rase.

BAHAN-BAHAN:-B (kisar)
3-sudu besar serbuk kari daging *
2-sudu besar serbuk cili *
1 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih *
2 inci halia*

BAHAN-BAHAN TUMIS:-

3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 tangkai daun kari

CARA-CARA MEMASAK:-

1-panaskan minyak masak dlm periuk.tumiskan dgn BAHAN TUMIS,hingga berbau harum
2-masukkan BAHAN2 KISAR & DAGING dan kacau rata,masak sehingga pecah minyak dan daging empuk
3-akhir sekali,masukkan kacang dal,santan,sayur-sayuran dan garam,masak sehingga mendidih


21 Julai 2011

SaMbAL TuMiS tEmPoYaK,IkAn KeLi


BAHAN-BAHAN:-
3 ekor ikan keli(lumur kunyit serbuk)
1 labu bwng besar (d kisar)
3 ulas bwang putih (d kisar)
2 btg serai (d kisar)
10 biji cili api merah(d kisar)
10 biji cili api hijau(d kisar)
1/2 inci kunyit hidup(d kisar)
1 keping asam gelugor
1 helai daun kunyit hidup (d mayang halus)
2 sudu besa tempoyak
gule,garam secukup rasa.

CARA-CARA MEMASAK:-

1-ikan keli d goreng sehingga kekuningan
2-tumis bahan kisar hingga terbit minyak.
3-masukkan asam gelugor,tempoyak,garam dan gule secukup rasa
masak dgn. api yg kecil.masukkan ikan yg telah d goreng sebentar tadi bersama daun kunyit.gaul sebati.sedia utk d hidangkan..


Kuey Teow Ladna..ala Warung


BAHAN-BAHAN:-

1-bungkus kuey teow
3-ulas bawang putih d ketuk
1/2 labu bawang holland (d potong)
10- ekor udang basah
5-ekor sotong d potong bulat
1- mangkuk kecil isi ayam
3 sudu besar sos tiram
5-10 biji cili api d ketuk
-sayur kailan
-putik jagung d potong memanjang
-lobak merah d hiris nipis
-bunga kubis
4-sudu besar tepung jagung yg d bancuh dgn air(sebagai ejen pemekat kuah)
sedikit air utk kuah
garam,serbuk perasa.

CARA-CARA MEMASAK:-

1-tumis bawang putih,bawang holland kemudian masukkan air.
2-masukkan isi ayam,sotong,udang,carrot.masak sehingga separuh masak
3-masukkan juga sos tiram,garam,serbuk perasa,cili api.
4-selepas itu masukkan ke semua sayur(jgn d biar sehingga layu)
5-tuang kan bancuhan tepung jagung tadi.kacau biar seketika.kalau kuah masih tidak pekat,boleh d tambah lg bancuhan tepung jagung.
6-akhir sekali masukkan kuey teow...siappp di masak,hidangkan ketika masih panas


Mee Sanggul Goreng

BAHAN-BAHAN:-

1 bungkus Mee Sanggul d rendam sehingga lembut
3 btg fish cake d potong ikut suke
5 ekor sotong d potong ikut suke
3 ulas bawang putih d tumbuk *
4 ulas bawang merah d tumbuk *
sedikit udang kering d tumbuk *
3 sudu besar sos chili
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar cili kering kisar
1/2 sudu besar kicap pekat
2 biji telur
sayur sawi d potong,ikut suke bnyk mana nak
kubis d potong,ikut suke bnyk mana nak juga
garam,gule,serbuk perasa secukup rasa.


CARA-CARA MEMASAK:-

1-Tumis bahan(*) sehingga kekuningan,
2-masukkan cili kisar,tumis sehingga pecah minyak
3-kemudian masukkan sotong,fish cake kacau sebentar
4-masukkan sos chili,sos tiram,kicap dan sedikit air..kacau sebati
5-perasa kan garam,gule,serbuk perasa
6-pecahkan telur,kacau-kacau..
7-tonggeng kan mee yg telah d cuci dan ditoskan,bersama sayur-sayur ke dalm kuali.gaul sebati..agak sayur dh separuh masak..tutup api..
8-boleh d hiaskan bersama telur dadar yg d racik,sedikit daun sup/daun bawang dan bawang goreng


20 Julai 2011

KuRmA TeLuR


BAHAN-BAHAN:-

5 biji telur d rebus terlebih dahulu
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
2 batang serai d racik*
2 sudu besar serbuk kurma*
1 btang kecil kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
1/2 biji kelapa(ambil santannye)
1 biji ubi kentang yg bersaiz besa d potong 6(potong wedges)
garam secukup rasa
1 gelas air putih
1/2 labu bawang besar d potong 3 @ 4
2 tangkai cili hijau d belah 2 setiap 1 nye

CARA-CARA MEMASAK:-
1-di dlm periuk tumis seketika kulit kayu manis,bnga lawang,buah pelaga dan daun kari.kemudian masukkan bahan yg telah d kisar(*)
2-masak sehingga pecah minyak.
3-kemudian masukkan santan,air,ubi kentang,masak sehingga ubi kentang empok.
4-biarkan seketika dan br la d masukkan telo,bawang besa,cili hijau.garam secukup rasa.sedia utk d nikmati


AyAm GoReNg ToK aLi



BAHAN-BAHAN:-

1/2 ekor ayam d potong ikut suke
1 labu bawang besar *
3 ulas bawang putih *
1 inci halia *
2 tangkai daun kari
2 sudu besa serbuk kari
garam secukup rasa
gule

CARA-CARA MEMASAK:-

1-gaulkan ayam bersama bahan kisar.(*)
2-masukkan daun kari,rempah kari,garam,gule.
3-perapkan ayam selama 1jam dan biarkan seketika
4-panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing.
5-sedia dihidangkan


Nasi lemak Kukus sambal sotong.


BAHAN-BAHAN;-

bahn utk nasi:-
2 pot beras (d rendam semalaman)
1 cwn pati santan
2 helai 2 pandan d simpul
1 inci halia di tumbuk
1 ulas bawang merah di tumbuk
garam dan gule secukup rasa

CARA-CARA MEMASAK NASI:-

1-cuci beras yg d rendam semalam,kemudian kukus selama 15 minit.selepas itu keluarkan dr periuk kukus..sejukkan seketika...selepas itu gaulkan nasi tersebut bersama santan,bahan tumbuk,garam,gule.perap selama 1/2 jam @ 1jam.selepas itu masuk kan balik kedlm periuk kukus..jgn lupe letak daun pandan sekali ek...kukus sehingga masak.

BAHAN-BAHAN UTK SAMBAL:-

1/2 kilo sotong d bersihkan
cili kering kisar
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inci belacan
3 sudu air asam jawa
1/2 labu bawang besar di hiris
garam,gule

CARA-CARA MEMASAK:-

1-Tumis bahan tumbuk(*) sehingga kekuningan
2-selepas itu masukkan cili kering kisar (ikut suke nk letak bnyk mana ye,macm saye,suke letak bnyk cikit coz my hubby suke pekat n pedas)
3-tumis sehingga pecah minyak n cili x berbau..
4-masukkan air asam jawa,kacau sebentar..
5-masukkan sotong,kacau,dan biarkan sehingga masak
6-perasakan dgn garam,gule dan serbuk perasa,selepas itu masukkan bawang potong..kalu terlalu pekat boleh d tambah sedikit air.siappp.

BAHAN-BAHAN HIASAN:-

5 biji telo rebus(bnyk nye coz saye suke mkn telo,anak2 antu telo..hihhihi)
kangkung d celur dgn sedikit minyak.
ikan bilis goreng
kacang goreng
timun d potong...


TaLaPiA sWeEt SoUr


BAHAN-BAHAN:-

1 ekor ikan talapia d cuci bersih bersama garam & limau kasturi
1/2 biji buah nenas d hiris nipis
2 btng serai d ketuk
3 ulas bwng putih (d tumbuk lumat)
2 inci halia (d tumbuk)
5 sudu besa cili kisar
4 sudu besa sos chili
3 helai daun limau purut
garam,gule
daun ketumbar
3 sudu besa tepung jagung
5 biji tomato ceri di belah 2


CARA-CARA MEMASAK:-

1-lumur ikan dgn serbuk kunyit & goreng separuh garing.ketepikan
2-tumis bahan tumbuk & serai sehingga naik bau,kemudian masukkan cili, tumis sehingga pecah minyak.masukkan sos chili,nenas,daun limau,dan sedikit air.kacau..sehingga mendidih.perasakan dgn garam dan gule.
3-setelah itu masukkan air bancuhan tepung jagung,kepekatan ikut selera masing2.akhir sekali masukkan tomato ceri.tutup api dan tuang kan sos ke atas ikan talapia yg telah d goreng sebntar tadi.taburkan daun ketumbar..siappp


SiaKaP kUkUs MaNggA


BAHAN-BAHAN:-
1 ekor ikan siakap (ape2 saiz)
1/2 camca tepung jagung
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh lada sulah
3 camca besar jus limau kasturi *
1 1/2 camca besar mnyk masak *
1 1/2 camca teh gule *
1/2 camca teh garam*
5-10 biji cili padi (d hiris) *
2 batng serai (d hiris) *
1 kuntum bunga kantan( d hiris) *
2@3 helai daun limau purut *
1/2 inci halia (d hiris) *
2 ulas bwng putih (d hiris) *
1/2 camca teh tepung jagung *
1/2 camca teh pati ikan bilis *
5 cwn air putih.
sedikit daun ketumbar


CARA-CARA MEMASAK:-

1-ikan d cuci bersih - lumurkan dgn garam,tepung jagung & serbuk lada sulah.ketepikan
2-panaskan kukusan & sediakan bekas tahan panas,letakkan ikan tadi ke dlm bekas tahan panas kukus selama 10 minit.
3-dalam kuali 1 kan kesemua bahan yg bertanda (*)masak sehingga separuh mendidih.perasa kan dgn garam,gule ikut suai rasa.
4-masukkan mangga & tepung jagung yg telah d bancuh dgn sedikit air.kepekatan kuah ikut selera masing2.setelah masak tuangkan sos tersebut ke atas ikan yg telah siap d kukus..taburkan daun ketumbar d atasnye..siap utk d hidang.


12 Julai 2011

TiDaK tErBaLaS(JaSaMu IBu)


kumasih ingat dahulu keringat itu
masih muda mengalir membasah dahimu
menderah kutrat tulang temulang
yang mendakap tubuh mungilmu
mengaut segengam kekuatan
di celahan dingin bayu subuh
kau menyembah pohonan getah
mengimpikan limpahan susu rezeki mengalir
mengalir ke perdu harapan

kumasih ingat kerutan dahi itu
dahulu masih gagah bagai laksamana melaka
mengandar kepingan-kepingan rezeki berbalam
menjadikan not-not kertas berharga
kerana nanti,mahu menyuapkan mulutku
dengan sepinggan kasih bersama segunung harapan

kumasih ingat lagi wajah itu
tatkala kepingan kertas berlabuh di tapak tangan
bibir kering menguntum senyuman
riak kesabaran melakar corak kehidupanku
keras tapak tanganmu dipalit warna kerajinan
menginsafkan diriku

hari ini,bila terbayang wajahmu
kumasih ingat kerutan dahimu
membesarkan aku dengan kudratmu
mencorak perjalanan hidupku
hanya dengan sebilah pisau toreh
tidak terbalas jasamu.