18 Januari 2013

-Nasi Dagang,Kari Ayam


BAHAN-BAHAN;

2kg beras merah + beras pulut
1 1/2biji kelapa parut
10biji bawang merah (di hiris)
1cm halia (di hiris)
1 1/2 sudu makan halba 
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK;

1.Beras dibersihkan kemudian direndam selama 2jam.
2.Selepas itu ditoskan dan dikukus.
3.Kelapa diambil santannye 500ml santan pekat
4.Setelah kembang dan separa masak,angkat,masukkan santan pekat,bawang,halia,halba serta garam secukup rasa.
5.kemudian kukus sehingga masak dan sebati

BAHAN GULAI;

1 ekor ikan tongkol } dikukus
250ml santan
2 sudu makan rempah ikan
10 ulas bawang merah }*
1 ulas bawang putih } *    dikisar yg bertanda *
2.5cm halia }*
2.5cm lengkuas }*
3 keping asam gelugur
5 sudu makan cili giling
6biji cili padi
gula melaka secukup rase
garam secukup rase
bahan perase secukupnye

CARA MEMASAK;

1.Utk membuat gulai,masukkan santan ke dalam periuk.
2.kemudian masukkan cili giling,bahan2 kisar,rempah dan asam gelugur.
3.selepas itu masukkan ikan yg dikukus dan cili padi
4.biarkan ia mendidih dengan api perlahan
5.selepas itu masukkan garam,gule melaka dan bahan perasa secukupnye.
6.biarkan kuah menjadi agak pekat.tutup api dan angkat.
7.hidangkan bersama nasi dagang tadi..


*saye x suke makan kari ikan tongkol,so tuka ikan kepada ayam..*


Tiada ulasan:

Catat Ulasan