18 Januari 2013

-Koleksi Gambar Pemandangan Yang Aku Syer Dari Blog lain..

indah sungguh pemandangan  laut.bile agaknye aku nk sampai di sini

cantikkan,tp  sayang aku xtau kt mana ni

hebat sungguh ciptaan dari -Nya

jernih airnye,mcm nk mandi jew.

senja nan merah

*Maaf ye kalu saye syer pic pemandangan,yg di ambil dari blog anda.


-Sambal Lodeh Jawa



BAHAN-BAHAN;

150gm kacang panjang }di potong ikut ke sukaan
150 gm lobak merah }      "
150gm terung panjang }   "
3 keping tauhu} di potong dan di goreng
3 keping tempe} di potong dan di goreng
3 keping tauhu kering 
25gm suhun ] rendam dan di potong pendek
30gm bawang putih } di kisar
20gm bawang merah } di kisar
15gm udang kering } di kisar
2 sudu makan cili kisar
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
75ml santan
3 sudu makan kicap cair
1biji cili merah di potong
1 biji hijau di potong 
sedikit air.

CARA MEMASAK;

1. tumiskan bawang putih,bawang merah,dan udang kering sehingga garing daan masukkan cili kisar serta serbuk kunyit.kacau,tambahkan sedikit air dan santan.
2. masukkan semua sayur yang telah dipotong dan terus menumis sehingga sayur layu dan masukkan tauhu,tempe,suhun dan tauhu kering.
3. biarkan mendidih kejap,tambahkan kicap cair,masukkan cili merah,cili hijau,gaul rata..masak hingga kuahnye menjadi kering..
4 .hidangkan dan sedia di nikmati..


-Nasi Dagang,Kari Ayam


BAHAN-BAHAN;

2kg beras merah + beras pulut
1 1/2biji kelapa parut
10biji bawang merah (di hiris)
1cm halia (di hiris)
1 1/2 sudu makan halba 
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK;

1.Beras dibersihkan kemudian direndam selama 2jam.
2.Selepas itu ditoskan dan dikukus.
3.Kelapa diambil santannye 500ml santan pekat
4.Setelah kembang dan separa masak,angkat,masukkan santan pekat,bawang,halia,halba serta garam secukup rasa.
5.kemudian kukus sehingga masak dan sebati

BAHAN GULAI;

1 ekor ikan tongkol } dikukus
250ml santan
2 sudu makan rempah ikan
10 ulas bawang merah }*
1 ulas bawang putih } *    dikisar yg bertanda *
2.5cm halia }*
2.5cm lengkuas }*
3 keping asam gelugur
5 sudu makan cili giling
6biji cili padi
gula melaka secukup rase
garam secukup rase
bahan perase secukupnye

CARA MEMASAK;

1.Utk membuat gulai,masukkan santan ke dalam periuk.
2.kemudian masukkan cili giling,bahan2 kisar,rempah dan asam gelugur.
3.selepas itu masukkan ikan yg dikukus dan cili padi
4.biarkan ia mendidih dengan api perlahan
5.selepas itu masukkan garam,gule melaka dan bahan perasa secukupnye.
6.biarkan kuah menjadi agak pekat.tutup api dan angkat.
7.hidangkan bersama nasi dagang tadi..


*saye x suke makan kari ikan tongkol,so tuka ikan kepada ayam..*


15 Januari 2013

-ulangtahun kelahiran si kecik Muhammad Dini Haikal Yg Ke- 4 Tahun


SELAMAT HARI LAHIR MUHAMMAD DINI HAIKAL YG KE-4 TAHUN..(14/01/2013)

Tahun ni birthday along sambut sekali dgn birthday adik..Tapi celebrate dekat umah je.Family dinner.Petang tu,abah balik keje,trus g runner KEK,,tempat yg aku tuju,semestinye SECRET RESEPI..kali ni aku nk try BROWNIES WALNUT..kek dh siap beli,aku trus g beli tok janggut plak(KFC)..x tahu nk beli ape,coz anak2 aku ni bkn reti makan bende lain..jakun...yg diaorg tau ayammm je...suda beli semua brg..balik trus naik atas,ambik ibu mertua ku..

Sampai umah..cepat2 ku hidangkan,coz lepas ni laki aku nk kua balik,ade keje katenye..perut suda kekeyangan,sampai mase ulur hadiah pulak..pelik tahun ni,sbb tetibe ade hadiah dri nenek..tq mak,coz ingat juga dekat budak2 ni...Pic nye ade blom upload lg..BERSAMBUNG..




6 Januari 2013

-Ulangtahun Kelahiran Nursyahirah Balqis Yg Ke- 8 Tahun



Selamat ulangtahun kelahiran Nursyahirah Balqis..
buat sayang ibu..usiamu sudah 8 tahun hari ini..
semoga along syira menjadi anak yang baik,anak yang solehah..
semoga allah memberi kekuatan kepada ibu untuk menjaga along syira yang sangat ISTIMEWA...

DOA-DOA INDAH DARI IBU UNTUK ALONG SYIRA:-

Anugerahkan kepadaku kelangsungan hidup anakku,panjangkan usianya,sihatkan badannya,akhlaknya,agamanya,sejahterakan jiwa dan raganya,alirkan rezekinya melalui tanganku,anugerahkan kepadanya kecerdasan akal dan kebeningan hati..

Bantulah aku,mendidiknya,berbuat baik kepadanya dari sisiMu.Jadikan anakku,mendekatiku,menyayangiku,mencintaiku.jadikan anakku orang yang baik dan taqwa,yang punya pandangan dan pendengaran yang taat kepadaMu,yang mencintai dan setia kepada kekasihMu,Muhammad...


2 Januari 2013

-Hari pertama anak2 sekolah

snap pic dulu sblm along masuk kelas
     Seawal jam 5:00am..aku dah bangun tido,untuk siapkan sarapan anak2 ke sekolah.sambil masak,sambil mengemas rumah,basuh kain,siap jemur kain lg..pagi2 buta..semuanye di bantu oleh emak aku..kalu aku sorang je yg nk mengadap..jawabnye pukul 4:00am la bangun..org dok sedap2 tido..aku berperang kt dapur nu haaa..tung,tang..
    Tepat jam 6:00am aku kejutkan anak2 ku bangun..sekali panggil je..trus bangun..seronok nk ke sekolah lah katekan..aku,mak,anak2 dh siap..tggl nk start enjin kereta je...aku kua lewat cikit..7am,nasib baik jalan tak jem,kalu tak jenuh aku nk menyapu roti.hehehehe
   Sampai kat sekolah je..trus cari nama along..tahun ni kelas along nama bunga, TULIP.aku trus gerak,tak tggu along pon,coz mak nk menunggu dia.aku trus g sekolah adik..
sempat main lego




-Wanita Dan Air Mata



Kadang kala wanita akan menangis sepanjang malam disebabkan oleh perkara-perkara lama yng sudah berlalu..

Apabila ditinggalkan kekasihnya..wanita itu menangis kerna cintanya telah didusta.dia menangis kerna hati kekasihnya telah berubah...dia menangis kerna cintanya yang ikhlas telah dipermainkan..

Apabila suaminya dilanda musibah...wanita itu menangis didalam hatinya..tidak di depan suaminya,kerna hatinya pilu melihat kemurungan suami dan hatinya terluka melihat suaminya perlu bekerja keras demi keluarga..

Apabila ibu dan ayahnya menyambut panggilan Ilahi..Semua wanita akan mengalirkan air mata mereka.bukan sehari,bukan seminggu,bukan sebulan,malahan bertahun lamanya..Ibu dan ayah merupakan hubungan istimewa yang Allah ciptakan...

Apabila dirinya di ijab dan qabul..Wanita itu menangis kerana dirinya akan meninggalkan ibu bapanya.Dia menangis kerana dirinya akan diserahkan kepada lelaki yang dicintainya.dan masa depannya pula belum diketahuinya lagi..

Air mata wanita melambangkan perasaannya...apabila dia menangis,itulah perasaannya yang ikhlas tatkala itu...air mata tidak berbohong wahai kaum Adam..

Seoarang wanita itu tidak akan menangis jika hatinya tidak terluka atau tersentuh akan sesuatu hal.Air mata akan berguguran seiring dengan perasaannya...Titisan air mata wanita itu melambangkan keikhlasan,kejujuran,kesedihan,kegembiraan,kepasrahan,ketakutan,kecurangan,pendustaan,kepercayaan,kesetiaan,leluatan dan kesucian....

Mengapa harus ada air mata????semua wanita memang menangis tanpa ada alasan yang munasabah...setelah puas aku berfikir,sedikit demi sedikit mulai aku fahami,sebenarnya air mata wanita adalah air mata kehidupan :)

Air mata adalah salah satu cara bagaimana MATA berbicara ketika bibir tidak mampu menjelaskan apa yang terluka..


-Diari Hati

::RAHSIA ISTERI YANG SETIAP SUAMI PERLU TAHU::


"Cintai isterimu..apabila dia merasa kopi @ tea anda.Dia hanya utk memastikan rasanya sedap utkmu"

"Cintai isterimu..apabila dia memaksa anda utk bersolat,dia hanya ingin masuk syurga bersamamu"

"Cintai isterimu..apabila dia menyuruh anda bermain dgn anak-anak.kerana dia tidak melahirkan itu dengan sendirinya tanpa dirimu"

"Cintai isterimu..apabila dia masak tidak sesedap ibumu.kerana dia masih mencuba menjadi yang terbaik untukmu"

"Cintai isterimu..apabila dia merasa cemburu.kerana dia memilihmu daripada berjuta lelaki di luar sana"


1 Januari 2013

-Hati perempuan ibarat kain,jadi jagalah ia sebaik mungkin


Happy New Years 2013





         


                     
Today 31 December 2012,
Tomorrow 1 January 2013...
Days are so fast!
So,I wanna be the 1st 2 say,,,
"Happy New Year 2013 ?"
May the peace and love of God
Fill each day of your life and,
Light your way through the New Year 2013..