19 Ogos 2012

Hadirnye Syawal



Hadirnya Syawal.....
setelah genap sebulan berpuasa
menahan lapar dan dahaga
menambah keberkatan di hari mulia

Hadirnya Syawal.....
takbir bergema menyentuh perasaan
hari kemenangan hamba-Mu Tuhan
disambut dengan kebahagiaan
sungguh besar penuh harapan
sepanjang Ramadhan mendapat keberkatan

Hadirnya Syawal.....
girang umat meraikanya
bersyukur kepada Yang Maha Esa
sambut Aidilfitri sebagai tanda
bermaaf-maafan sesama manusia
tanda perdamaian suruhan agama
saksi ukhwah kita semua
semoga hidup kekal terjaga
tanpa sebarang cacat dan cela
menyambut Syawal penuh bermakna


Tiada ulasan:

Catat Ulasan