25 Julai 2011

Dalca Sayur-sayuran


BAHAN-BAHAN:- A

1 biji kelapa parut d ambil santan nye
1/2 kilo daging
100 gm kacang dall d rebus sehingga kembang
10 batang kacang panjang(d potong 4cm)
2 biji ubi kentang di potong dadu
2 biji terung bulat di potong
1 batang lobak merah di potong memanjang
4 btang cili merah di belah 2
4 batang cili hijau di belah 2
garam secukup rase.

BAHAN-BAHAN:-B (kisar)
3-sudu besar serbuk kari daging *
2-sudu besar serbuk cili *
1 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih *
2 inci halia*

BAHAN-BAHAN TUMIS:-

3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 tangkai daun kari

CARA-CARA MEMASAK:-

1-panaskan minyak masak dlm periuk.tumiskan dgn BAHAN TUMIS,hingga berbau harum
2-masukkan BAHAN2 KISAR & DAGING dan kacau rata,masak sehingga pecah minyak dan daging empuk
3-akhir sekali,masukkan kacang dal,santan,sayur-sayuran dan garam,masak sehingga mendidih


Tiada ulasan:

Catat Ulasan